dah lama aku tak menulis di sini. adakah kerana aku sudah kehilangan sentuhan pensil aku dahulu? atau sengaja aku melupakannya? apa yang pasti, aku akan berusaha agar pensil yang pernah ak pegang satu tempoh dahulu masih berada di meja bacaanku.
suka untuk aku berkongsi satu kisah hidup aku di sini. peristiwa yang berlaku dua hari lepas adalah satu pengalaman yang tinggi kimahnya. kali pertama aku peroleh, dan tidak mengharapkan ia akan berulang. - Murahnya kimah persahabatan.
siapa dan apa yang harus aku persalahkan; aku, atau pertemuan? tidak wajar untuk aku salahkan permulaan jika akhirnya begini. tidak pantas untuk aku salahkan diriku jika khatimahnya hitam begini.
aku langsung tidak sedih dan aku bangga dengan apa yang aku perolehi ini. pengalaman yang tidak akan aku biarkan semua sahabatku cuba rasainya. susah untuk aku nyatakan apa yang telah berlaku. cukuplah untuk aku nyatakan, nilai persahabatan bukan terletak pada sehelai kertas putih! juga bukan pada kepentingan peribadi.
p/s: ini adalah pengalaman aku yang amat istimewa. Pahit Akan Manis Akhirnya.