|
|
Tahniah! Anda adalah pelawat yang ke..
Jumpa lagi..! |
|
|
|
 |
|
Friday, September 23, 2005
hepi besday!!!
ingat la.. diri tu dah tua.. 'cepat2' la..
Posted at 23.9.05 by al-Qadiri
Permalink
Saturday, September 10, 2005
Beberapa perkara sehingga 10 September 05
BENGKEL PENULISAN KREATIF (cerpen)
semalam, semasa aku sedang OL, al_jantanie pm aku. dah agak, mesti ada benda penting utk diberi tahu. satu lagi program yang tinggi kimahnya akan dilangsungkan pada 21-9 ni. tepat seminggu sebelum muktamar sanawi KPKM. setakat ini tenaga pembedah mmg org yg tersohor metah dalam mandala penulisan genre kreatif.
penulis yang aku maksudkan di sini telah pun diangkat ke 'Penulis Jalur Ketiga', sebaris dgn Faisal Tehrani dan sebagainya. beliau ialah amiza khusyri. aku rasa tak perlu detail sgt fasal dia sb dia dah tersohor dan tak perlu utk aku jelaskan. (jika nak tau jgk, belilah buletin Ada Apa Dengan Keris - terbitan Lajnah Penerbitan KPKM)
kata zaki juga, sebolehnya cerpen hendaklah dihantar sblm drpd 17-9 ni. aiseyman, mana nk sempat aku siapkan cerpen dalam jangka masa yang menghimpit ni. apa pun aku akan cuba utk menghantar. jadi, kepada sesiapa yang berminat utk mendalami bidang ni, boleh hantarkan cerpen anda kepada emel al_jantanie@yahoo.com
PERANG SARAF
jem.. jem.. jem.. (bukan aku lapar ni!) perang saraf yang aku lancarkan taon lepas mmg berkesan. akas pada tahun ni. jika dirungkai kembali strategi peperangan ni, tampak ada sedikit perubahan. adakah itu sebabnya?
terus-terang aku nyatakan, aku berkampung di RKB hanya utk melangsaikan tugasan SKEK 35 yang sudah lama benar tertangguh. itu pun setelah designer asal tidak dapat membantu kerana terdapat byk masalah teknikal. katanya dia sanggup utk tolong kami di sini, tapi aku yang tak sanggup nk tunggu pertolongan tu. hehehe.. :D
aku angkut PC ke RKB hanya utk mendapatkan satu gerak kerja yg smooth. bukan utk mencari publisiti! semua org tahu, guna pc sendiri lebih friendly drpd guna pc persatuan. tu antara sb aku angkut pc aku. hari ni dah 10-9. benarkah aku akan tewas pada serangan yang aku lancarkan ini?
aku tidak rela!!!
URUSAN KELUARGA
semasa berdiskusi dgn abg aku lewat YM slps solat jumaat smlm, baru aku tahu betapa aku terasing daripada perkembangan keluarga besar aku. emel yang owais fowed kat aku drpd mokcik ani btol2 menyentuh hati. masakan sudah ke tahap itu?
che ngoh, cik yah, maafkan ja sb lama benar tak telefon. sebetulnya tiada alasan yang paling munasabah utk diletakkan dalam hal ni.
lps ni kena uruskan apa yang patut fasal abg aku pulak, nk pindah rumah, nak settlekan barang utk pulang mesia, dsb. eh, aku janji akan tepon rumah sblm menda besar tu akan berlaku!
Posted at 10.9.05 by al-Qadiri
Permalink
Sunday, September 04, 2005
4 september
mesyuarat agung tahunan MAQAZ shoubra. gembira sb program yg dirancang dalam kekalutan PMHK dan SKEK, dapat berjalan dgn lancar. program yg bermula lebih kurang jam 9.30 berakhir sebelum solat asar.
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN
aku lebih cenderung utk menghadam unit penerbitan dan penerangan (UPP). aku tertarik dengan 'meningkatkan kualiti ejaan SUKMA' (lebih kurang bunyi camtu la..) tangkai hati aku terjentik bila terbaca perkara itu tercatat pada rubrik hal-hal berbangkit. aku tidak berpuas hati!!
katanya ingin meningkatkan mutu dan kualiti ejaan, apakah rujukan yg dorang gunakan? siapakah pembaca pruf tu (bukan aku nk pertikai pembaca pruf)? aku lebih suka gemar utk mencuri kembali perhatian mantan ketua UPP. katanya, sukma ke-7 telah melalui beberapa kesilapan teknikal dalam proses percetakan.
'aku bukan nak tahu yang ini, yang aku persoalkan sejauh manakah kualiti ejaan atau lebih umum lagi format artikel SUKMA jika dibandingkan dengan media cetak tanah air!' sengaja tidak aku luahkan kepada khalayak.
sempat jgk pengerusi MAQAZ (ketika itu) bergurau dgn aku semasa membaca cadangan bertulis aku kepada khalayak. sempat jgk dia tambah, 'ahli KELAP'. aku tidak tulis pon benda tu dan aku tidak berhajat utk melabelkan aku sebagai peserta bengkel KELAP PMRAM. sempat jgk dia mengungkit peristiwa semasa kursus penulisan genre kreatif KELAP taon 2004 dulu. (tak perlu aku ceritakan di sini).
AKU ATAU UST ABDUL FATAH YG BERTUAH?
setelah tampuk pimpinan baru mengambil tempat, wakil BP PMRAM dijemput utk melangsaikan cabutan bertuah yang masih sedikit berbaki. w'pon hadiah tidak selaras (mmg disengajakan di pihak ad-hoc pelaksana MAT), tapi ia tetap amat bermakna krn ole-ole tersebut adalah pemberian mantan excoČ sesi lepas.
sorang.. tak kena! dua orang.. tak kena jgk..! tiga, empat lima.. juga tidak kena kat aku. sedikit futur. sekarang cabutan yg terakhir, aku berseloroh, "dah gosok nombor pon tak kena jgk ke? nasib la no 31 ni." tibaČ..
alamak! itu nombor aku! ah segannya. malunya.
secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan MAT kali ni. (letih nk cite ngn detail - amik part yg ada watak aku dah la.. hahaha)
Posted at 4.9.05 by al-Qadiri
Permalink
3 september
usai membuka balutan letai yang bungkus atma, aku ke mahattah bas (bus-stop). membosankan. kulit terasa terbakar. ya, tengah hari ini seolah2 sudah disediakan utk sebati dgn perasaanku. panas!!
aku sengaja mengisi pojok belakang bas 710. ingin mencari satu sudut yg agak asing daripada kesibukan.tapi tidak lama. tidak sampai di hayyu sadis lagi bas mula sarat mengandung penumpang. penuh dan semakin penuh.
tension betul aku. sorang ammu malas bayar tambang. lps tu kumsari (bus conductor) pulak duk mintak tambang 50sen dr ammu tu. betul2 berlaku depan mata aku. berpeluh macam org siap mandi aku dalam bas tu. last2 ada org tarik ammu tu turun drpd bas.
truut.. truuut.. 'assalamualaikum. ni ustaz abd kadaer kan? ana nk takdim enta jadi ad-hoc MPS ni, sebagai S/U. mesyuarat 6 september jam 9 pagi di rumah negeri 9.' (alamak, MPS 1&2 oktober! dua hari selepas MS KPKM! sempat ke tak ni?) insya-Allah..
sampai di markaz, tgk kawan2 duk siapkan bahagian terakhir sblm Mesyuarat Agung Tahunan MAQAZ esok, 4/9. tgk jam masih ada masa utk aku balik rumah. ya, ini peluang yang jarang boleh dapat. pulang ke rumah sendiri!
alhamdulillah, bilik aku tidak seteruk sblm ni. masih terkawal. mgkn sb aku dah simpan apa yang tak perlu ada kat luar almari. truut.. truuut.. hset memanggil. aku berlari tapi tak sempat. 'jimi!' mmg budak ni dah lama aku duk pendam nak marah. balik marah, tak balik pon marah!! aku bayar sewa jgk la!! bukan kau yg tolong bayar utk aku!! jgn 'pongoh' tak tentu arah la!!
ya, aku belum habis cakap lagi ngn pengarah MPS. td bateri habis. tup2 maklumat diterima.. lps tu balik ke markaz. siapkan ape yang patut.
'1 message received'. oh abg aku rupenye. ada benda penting yang dia sampaikan.
lps magrib, aku mulakan tugas sebenar aku utk siapkan name tag. aku teringat kat setiausaha kerja 2 aku masa MKS ari tu. betapa susah nk siapkan 75 keping. aku mlm ni hanya potong gmbr dan g laminate kat kedai. dia buat dr a sampai z! btl2 rasa kasihan kat dia.
dlm hati ni masih tak puas lagi. rasa nk marah kat org je. pahtu hantar sms kat mesia, cite sket ape yg ptt. alhamdulillah, abah memahami. aku dpt tidur lena.
(kalau boring baca, lain kali jgn baca. sb ni benda pntg yg aku nk ingat)
Posted at 4.9.05 by al-Qadiri
Permalink
Sunday, August 28, 2005
Dipetik Daripada blog Kak Salha
Saya mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung blog ini atas keterlewatan menulis entri-entri baru. 1 Ogos lalu saya sudah berada di kota Kaherah dalam persediaan mengendalikan bengkel cerpen dan sajak. Bengkel tersebut diadakan pada 3 Ogos bertempat di rumah Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan. Program bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 9.30 malam. Bengkel tersebut telah menemukan saya bakat-bakat baru dalam arena penulisan. Dua orang daripada mereka adalah peserta yang pernah menghadiri bengkel cerpen pada tahun lepas, Sdr Omar Md Rasib dan Sdr Abd Kadaer Zailani Mohd Ramzi. Baki yang lain adalah peserta-peserta KELAP (Kem Latihan Penulis) yang pertama kali menyertai bengkel cerpen di sini. Dikalangan mereka ada yang menampilkan cerpen berlatar luar negara, Jepun ada juga yang membawa skop penceritaan berbentuk satira, perjuangan, kekeluargaan, percintaan dan sebagainya. Keberanian menggarap cerita dan mengolah dengan pelbagai teknik, wajar mendapat pujian. Tidak kurang juga bakat yang dimiliki oleh mereka yang mencipta sajak wajar diambil kira. Namun usaha ini hanya akan dapat dipastikan kelangsungannya andai mereka konsisten menulis. Bukan suatu kepelikan melihat ramai peserta hadir di dalam bengkel penulisan. Kepelikan itu terlihat apabila ramai peserta bengkel berhenti menulis dan tidak rancak menulis setelah usai menghadiri bengkel. Adakah semangat kepenulisan mereka telah dibunuh dengan pelbagai komentar yang pedas-pedas dan berbisa sehingga ada yang panas punggung dan muka merona merah? Atau masing-masing berprasangka bahawa diri tidak punyai bakat dan jalan yang dilalui untuk menuju villa sastera terlalu berliku dan amat sukar?
Sewajar kita memahami sastera itu di dalamnya ada kritikan. Kritikan membina bersandar ilmu itu lebih utama berbanding kritikan yang melulu dan hanya mengikut logik akal. Tanpa kritikan mutu sesebuah karya tidak dapat dinilai. Peri penting kritikan itu diterima oleh penulis-penulis untuk membantu diri dalam membaiki dan mempertingkatkan mutu dan nilai sastera dalam penulisan mereka. Oleh itu, andai semangat kepengarangan itu telah dipancung dan dibunuh wajar menghidupkan kembali dengan azam dan usaha yang tidak pernah mati. Patah akan tumbuh, hilang akan berganti. Begitu semangat dan azam harus dipupuk agar yang patah itu ditumbuhi oleh tunas-tunas cekal dan kental jiwa yang baru. Hilang semangat yang lari bertempiaran pula wajar digamit dan diseru agar menempel kembali di dinding nubari. Meskipun yang patah kering dibakar mentari, tunas yang tumbuh pastikan menghijau. Walau semangat telah patah terkulai layu, pastikan bertunas azam, menghijau dan subur andai selalu disiram. Begitu sedikit gambaran yang dapat saya paparkan terhadap tunas-tunas baru yang sedang bercambah dalam arena penulisan lingkungan anak watan Malaysia di Mesir.
dah sampai tahap kena copy paste dah skang ni.. teruk sgt kan?
Posted at 28.8.05 by al-Qadiri
Permalink
bismillahirrahmanirrahim..
sejak lama berdiam diri ni, aku hanya sempat masuk certain website je.. blog ni mmg msk jgk, tp tak post menda baru la.. takde idea nk tulis ape.. ni pon sb kesian kat pelawat yg dtg tgk menda lama je. jgn ingat ni muzeum ye.. hihi..
dua tiga minggu ni aku agak ripuh dengan tugasan menggantikan AJK aku yg balik mesia. ingat nk interaksi cara maya, tp mslh belah dia pulak.. laptop rosak.. kesian kat aku.. (hihi kesian kat aku je eh?)
pahtu dalam lilitan masa yg enggan metah melepaskan aku, aku terima sms drpd pak sedara aku. menyatakan 'Mok' sudah kembali ke rahmatullah.. mari sama2 sedekahkan al-fatihah utk nye.. al-Fatihah..
aku masih lagi mengintai ruang masa yg sedikit senggang utk aku release kan kejap tgn dan otak aku ni. alhamdulillah, dapat jgk amik 'cuti' dua hari utk temankan sahabat aku, marwan yg ngaji kat Exeter, UK. sempat la kami jelajah Ismailiah, Port Said, dan Dumyat. best la buleh jalan ramai2.
pahtu sekembalinya aku ke kaherah, tubuh pulak rasa tak sedap. mgkn udara kat cni yg kurang best kot. ecece, cerewet jgk badan aku ni ye.. (konon2nye la)
skang ni aku kena smbg balik keje yg hampir siap tu. insya-Allah mlm ni akan settle pasal tu.. yahoo.. buleh tumpu kat MAT MAQAZ dan MS KPKM pulak.. bestnye..
tak sabar nk taip emel panjang2 kat membe2 aku. kesian kat dorang, hantar emel tp aku tak balas lagi.. maaf ye..
tp yg tak bestnye, hpkp dah hampir benar deadline nye.. MANA MASA AKU?!!
adakah aku hanya mampu menjerit?!!
Posted at 28.8.05 by al-Qadiri
Permalink
|
|
|